PETALING JAYA: Liga pembangunan kurang kompetitif antara tiga faktor yang menyumbang kepada persembahan hambar skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan di Piala Asia sehingga pulang awal dan menduduki tangga tercorot selepas tewas dalam semua perlawanan. Bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir menggariskan tiga faktor kepada kegagalan skuad B-23 negara antaranya saingan liga pembangunan kurang kompetitif, jumlah perlawanan liga tempatan yang kurang dan persiapan pasukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. “Tak…










