Kedah FC belum selamat

Kedah FC belum selamat

DUA pemain Kedah mengejar pemain Selangor, Faisal Halim dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Setakat ini Kedah masih terikat dengan isu tunggakan gaji pemainnya. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lesen Kebangsaan milik Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan ditarik balik dan seterusnya tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2024/2025 jika gagal melunaskan tunggakan penuh gaji bagi musim lalu.

Tindakan berkenaan akan diambil sekiranya skuad Sang Kenari gagal untuk membuat pembayaran penuh tunggakan gaji atau mengemukakan bukti dokumen kewangan untuk menyelesaikan pembayaran pada 20 April 2024 (pukul 5 petang).

Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd. Nasir Sheikh Mohd. Sharif berkata, ketika ini KDA FC dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023.

Katanya, KDA FC telah diberikan masa untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji berkenaan pada 30 Mac 2024, namun selepas tarikh akhir itu, mereka gagal mematuhi syarat yang ditetapkan oleh FIB.

“FIB mengambil maklum surat KDA FC bertarikh 28 Mac 2024 berkaitan penyelesaian 50 peratus jumlah tunggakan gaji tahun lalu serta surat persetujuan penjadualan pembayaran baki tunggakan gaji yang ditandatangani 75 peratus pemain dan pegawai terlibat bertarikh 29 Mac 2024.

“Namun, ianya masih tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu penyelesaian penuh tunggakan bayaran gaji bagi tahun 2023. Oleh demikian, pasukan KDA FC dikenakan pemotongan tiga mata bagi saingan Liga Super musim 2024-2025 serta denda RM50,000.

“Hukuman berkenaan berkuatkuasa serta merta kelmarin (4 April 2024) berdasarkan kepada Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 “Article 2.4 (c) Licensing Sanctions,” kata Sheikh Mohd Nasir dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Sheikh Mohd Nasir mengesahkan bahawa kelab Kuala Lumpur City FC (KL City) telah berjaya menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir 30 Mac 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN