PETALING JAYA: Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan slot secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada Julai ini. Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, Aniq mengesahkan slot itu selepas berada di kedudukan kelapan keseluruhan selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia IWF di Phuket, Thailand. Ayub berkata, Aniq yang bertanding dalam Kategori 61 kilogram (kg) berjaya mengangkat beban secara keseluruhan 290kg…