Ancaman Siber menjelang detik 100 hari Olimpik Paris

Ancaman Siber menjelang detik 100 hari Olimpik Paris

AKTRES Greece, Mary Mina menyalakan obor di tapak arkeologi kuil purba Hera, tempat kelahiran Sukan Olimpik di selatan Greece, semalam sebagai simbolik pengiraan detik 100 hari menjelang Temasya Paris 2024 itu yang akan membuka tirai secara rasmi pada Julai ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ancaman serangan siber mencatat kadar ketidakpastian yang tinggi menjelang Olimpik Paris, dengan kecerdasan buatan (AI) turut diperkenalkan sebagai pengukuh pertama bermula 100 hari sebelum temasya sukan terbesar dunia itu membuka tirainya.

Dari kumpulan penjenayah hingga negara-negara yang ingin menggugat acara tersebut, pelbagai ancaman meresap dalam persediaan keselamatan, yang mendapat perhatian serius daripada pakar keselamatan siber dan pihak berkuasa tempatan.

John Hultquist, seorang penganalisis di Mandiant Consulting, sebuah firma perundingan keselamatan siber, menyatakan, spektrum serangan adalah sangat luas, dan ini merupakan cabaran keselamatan yang sangat serius.

Beliau menekankan bahawa serangan mungkin melibatkan pelbagai aspek, termasuk penyiar, penaja, infrastruktur pengangkutan, logistik, dan pertandingan.

Berdasarkan laporan NTT, syarikat telekomunikasi Jepun yang menyediakan keselamatan IT untuk Olimpik Tokyo 2021, terdapat 450 juta serangan siber individu semasa edisi terakhir Sukan tersebut. Ini merupakan jumlah dua kali ganda berbanding Olimpik London 2012.

Vincent Strubel, pengarah Agensi Keselamatan Sistem Maklumat Perancis (Anssi), menegaskan bahawa pihaknya bersedia menghadapi ancaman tersebut dengan serius.

“Senario terburuk adalah kami tenggelam dalam serangan yang tidak begitu serius, dan kami tidak melihat datangnya serangan yang lebih berbahaya, yang menyasarkan infrastruktur penting,” jelasnya.

Peningkatan ketegangan antarabangsa turut memberikan kesan kepada risiko keselamatan Olimpik. Dengan hubungan yang tegang antara Russia dan IOC, serangan berkaitan sukan meningkatkan kebimbangan.

Microsoft sebelum ini melaporkan percubaan serangan oleh kumpulanpenggodam Rusia, Fancy Bears, terhadap agensi-agensi anti-doping global pada 2019.

Dalam situasi yang semakin kompleks, keselamatan Olimpik Paris 2024 adalah keutamaan yang memerlukan persediaan yang teliti dan penyelidikan yang berterusan. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN