Tindakan White tolak panggilan England dikritik

Tindakan White tolak panggilan England dikritik

BEN WHITE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertahanan Arsenal Ben White menolak panggilan menyertai skuad bola sepak England dan menegaskan bahawa dia tidak berminat menyarung jersi pasukan kebangsaan itu buat masa ini.

Perkara itu diberitahu pengendali England Gareth Southgate selepas berhubung dengan wakil Arsenal bagi mendapatkan khidmat White untuk perlawanan persahabatan pemanas badan Euro 2024, Mac ini menentang Brazil dan Belgium.

“John McDermott dan saya, mendapat panggilan daripada Edu (wakil Arsenal) minggu lalu dan berkata Ben (White) enggan pertimbangkan untuk menyertai skuad England buat masa ini,” jelasnya.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak beraksi untuk pasukan kebangsaan sejak Piala Dunia 2022.

White pulang awal dari Qatar ketika Piala Dunia atas sebab peribadi seperti dimaklumkan Persatuan Bola Sepak England dan kemudian muncul laporan mengenai dakwaan pergaduhan dengan pembantu England, Steve Holland.

Situasi berkenaan adalah tindakan memalukan dilakukan oleh seorang pemain tegas Southgate susulan enggan menyarung jersi skuad kebangsaan, selain alasan tidak bersedia.

“Bagi saya itu adalah memalukan. Dia adalah pemain yang kami bawa ke Euro, pemain yang kami bawa ke Piala Dunia dan saya bercakap dengannya selepas Qatar kerana saya mahu memilihnya.

“Dia tidak tersedia untuk kami dan tiada isu antara staf dan pemain jadi saya juga harus mengatakan tidak pernah ada sebarang masalah dengan (jurulatih) Holland.

“Pintu pasukan kebangsaan sentiasa terbuka luas, dia sepatutnya berada dalam skuad ini tetapi dia tidak tersedia untuk kami. Jadi saya perlu memberi tumpuan kepada siapa yang boleh membantu kami,” jelasnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN