Piala TNB: Maybank tempat ketiga tewaskan UiTM

Piala TNB: Maybank tempat ketiga tewaskan UiTM

PEMAIN-pemain Maybank meraikan kemenangan selepas menewaskan UiTM HA-KPT pada perlawanan tempat ketiga dan keempat Piala TNB 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Maybank menduduki tempat ketiga Piala TNB apabila mengalahkan UiTM HA-KPT menerusi penalti shoot-out 2-1 selepas seri 2-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kedua-dua pasukan kelihatan sama kental menamatkan babak pertama tanpa jaringan sehingga masuk separuh masa kedua, pemain UiTM HA-KPT, Zul Pidaus Mizun memecah kebuntuan minit ke-39.

Bagaimanapun, Maybank enggan mengaku kalah menjaringkan gol menerusi Mujahir Abdul Rauf pada minit ke-56.

Permainan kemudian diheret ke penalti shoot-out sekali gus melihat Maybank meraih tempat ketiga selepas cemerlang dengan kemenangan 2-1.

Pengendali Maybank, Azrul Effendy Bistamam mengakui anak-anak buahnya masih kecewa berikutan tewas 6-1 secara agregat di tangan Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi separuh akhir sebelum ini.

“Masalah tiada tetapi persediaan mereka mengganggu permainan hari ini. Mungkin kekecewaan kalah dengan THT dibawa oleh mereka semasa suku pertama dan kedua.

“Namun, saya memberi kata semangat kepada mereka walaupun ketinggalan satu gol dan saya gembira mereka memberi sepenuh tenaga mereka,” katanya.

Dalam aksi wanita pasukan PDRM Blue Warriors mencipta kejutan meraih tempat ketiga menewaskan Negeri Sembilan 2-0 menerusi jaringan Wan Nurfaiezah Md Saluti dan pemain import dari India, Berbel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN