“KIRA-KIRA 30 tahun lalu, seakan diri ini ‘ditampar’ dugaan hebat apabila mengetahui bayi kecil yang baharu sahaja dilahirkan di muka bumi mengalami sindrom down, apatah lagi saya sihat sepanjang mengandung. “Masa itu, saya terlalu sedih dan amat sukar untuk menerima hakikat kerana terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran. Situasi ini berlarutan untuk seketika sehingga doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) serta pediatrik memberi semangat, banyak berkongsi maklumat dan informasi…








