Apa nasib Perlis United FC?

Apa nasib Perlis United FC?

NASIB pasukan Perlis United FC beraksi dalam kancah Liga Super musim ini bergantung kedudukan penajaan dan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Persoalan sama ada Perlis United FC (PUFC) mampu beraksi di pentas Liga Super te­rus menjadi polemik khususnya keupayaan mendapat taja­an.

Jika sebelum ini wujud dakwaan pasukan itu akan menarik diri musim ini berikutan masalah kewangan, namun ia dinafikan pihak pengurusannya.

Rakyat negeri itu perlu ber­tenang dan bersabar me­nunggu keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Di sebalik itu, pengurusan Perlis United mengakui ada pihak yang sudah menarik diri daripada menaja kelab tersebut, namun masih ada dalam kalangan penaja yang berada pada fasa terakhir perbinca­ngan berhubung penajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PUFC, Rozailmee Zulkeply berkata, perjanjian penajaan yang dijanjikan oleh sebilangan penaja tempoh hari bukanlah satu omong kosong kerana ia turut membabitkan penerimaan surat hasrat atau letter of intent (LOI) daripada penaja.

“Ada yang sudah tarik diri dan ada yang masih di pe­ringkat terakhir perbincangan perjanjian. Omongan kosong (penajaan) dari pihak mana, jika di pihak kami, ia tiada ke­rana kami ada menerima LOI sebelum ini daripada penaja.

“Malah, jumlah yang di­nyatakan pun daripada pihak penaja bukan dari kami dan yang lain-lain masih belum dapat beri komen,” katanya menjawab pertanyaan penyokong dalam Facebooknya, semalam.

Kata Rozailmee, pada masa ini, pihaknya masih tetap fokus berhubung penajaan untuk ber­aksi di Liga Super disebabkan masih mempunyai tempoh masa diberikan pihak MFL.

“Buat masa sekarang kami sedang fokus untuk tajaan Super League sebab masih ada masa yang diberikan. Pelan B kita pula adalah bermain untuk Liga M3 semula manakala pelan C tidak menyertai mana-mana liga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN