Wanita Poland berendam lebih tiga jam dalam ais

Wanita Poland berendam lebih tiga jam dalam ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATARZYNA Jakubowska menjadi wanita pertama yang melepasi ujian daya tahan sejuk ekstrem selepas menghabiskan masa lebih tiga jam berada di dalam kotak yang berisi ais.

Wanita berusia 48 tahun itu dari Poland memahat namanya dalam Rekod Dunia Guinness setelah berendam selama tiga jam enam minit 45 saat.

Ketika melakukan cabaran itu, Katarzyna hanya memakai pakaian renang dan diselubungi ketulan ais hingga ke paras lehernya dalam sebuah kotak lutsinar.

Malah, sepanjang tempoh itu, kedua-dua belah tangannya dirapatkan ke bahagian dadanya.

Katarzyna yang bekerja sebagai pereka memaklumkan dia melakukan aksi berkenaan untuk menguji ketahanan dirinya, selain menggalakkan lebih ramai wanita menyahut cabaran ais.

“Saya percaya golongan wanita mempunyai kekuatan yang besar. Wanita Poland berendam lebih tiga jam dalam ais

“Malah, menerusi cabaran rekod dunia ini, saya mahu menunjukkan bahawa sekiranya wanita mahukan sesuatu mereka boleh melakukannya,” katanya.

Sebelum mencuba aksi rendam dalam kotak berisi ais, Katarzyna menjalani beberapa siri ujian
perubatan untuk memastikan kesihatannya tidak terjejas.

Dia juga membuat persiapan menghadapi cabaran itu dengan berlatih sebanyak tiga kali yang mana suhu badannya dipantau.

Persiapan lain dilakukannya termasuk menjalani beberapa rawatan seperti terapi oksigen hiperbarik dan urutan serta hipnosis agar dapat kekal berfikiran positif.

Katarzyna mendakwa tidak berasa sakit mahupun ketidakselesaan semasa melakukan cabaran rekod dunia itu.

Malah, dia juga mendakwa tidak merasakan kesejukan langsung.

“Suhu sejuk bukan halangan bagi saya kerana saya mampu menahan kesejukan.

“Namun, apa yang paling sukar adalah penonton berasa ketakutan melihat badan saya mengigil pada separuh masa.

“Ramai tidak faham tetapi saya ingin menjelaskan ia merupakan proses biasa,” katanya.

Katarzyna sebelum ini pernah bertanding dalam Kejohanan Walrus Poland pada tahun lalu.

Kejohanan Walrus Poland merupakan pertandingan yang mencabar peserta berdiri dalam kotak berisi ketulan ais.

Menurut Katarzyna, sebagai pemenang pertandingan itu, dia sudah biasa bertahan dalam kesejukan melampau.

Sepanjang cubaan rekod itu, suhu badan dan keadaan Katarzyna dipantau sentiasa dipantau bagi memastikan dia sihat untuk meneruskan cabarannya.

Katarzyna kini merancang untuk mencuba lebih banyak rekod dunia berkaitan ais bagi membuktikan wanita juga mempunyai kebolehan yang sama seperti lelaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya