Tze Yong terima suntikan reda kesakitan

Tze Yong terima suntikan reda kesakitan

NG Tze Yong kembali menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas dibelenggu kecederaan semasa Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong menerima suntikan untuk meredakan kecederaan kesakitan tulang belakangnya.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, jika suntikan itu berhasil kepada Tze Yong, dia boleh kembali berlatih secara normal menjelang Jelajah Eropah yang penting buatnya untuk mencari tiket ke Olimpik Paris 2024.

Menurutnya, suntikan itu penting untuk memastikan pemain berusia 24 tahun itu mampu bersaing dalam dua saingan Kejohanan Eropah terbabit.

“Suntikan ini penting untuk membantu dia (Tze Yong) menjalani latihan normal dan itu perbincangan saya bersamanya baru-baru ini.

“Harapan saya untuk Tze Yong agar suntikan ini mengubat rasa kecewanya dan membantunya dalam misi membuat penampilan sulungnya di Olimpik nanti.

Terdahulu, susulan kecederaan ini, Tze Yong hanya mampu melakukan latihan ringan dan rehabilitasi.

Selasa lalu, Ketua Perubatan Sukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ooi Yu Hang berkata, pemain perseorangan negara itu mengalami kecederaan tulang belakang ketika beraksi di BATC 2024, minggu lalu.

Menurutnya, kecederaan itu berbeza seperti dialaminya ketika Terbuka Malaysia iaitu koyak otot bahagian belakangnya.

Pemain nombor 16 dunia itu, bakal membuka kempennya di Perancis bertemu wakil Taiwan, Su Li Yang pada 5 Mac ini manakala pada All England beliau dijadual bertemu pemain India, Lakshya Sen pada pusingan pertama, 12 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN