PETALING JAYA: Kesatuan Ragbi Sabah (SRU) membuat keputusan berani tidak mengiktiraf keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Disember tahun lalu. Presiden SRU, Vela Tan berkata, pihaknya terpaksa membuat keputusan itu memandangkan isu kewangan dibangkitkan berlarutan lebih setahun, namun masih belum ada penyelesaian. Lebih menghairankan, Vela mendedahkan, jumlah sebenar tidak dijelaskan secara terperinci biarpun ada laporan mendakwa ia melibatkan dana antara RM2 juta sehingga RM7 juta. Katanya, SRU telah…