ALOR SETAR: Kecintaan Mohd. Azraai Khor Abdullah terhadap dunia bola sepak yang diceburinya sejak zaman bergelar pemain, jurulatih dan kini sudah bersara tidak pernah pudar. Isteri Allahyarham, Rohani Ibrahim, 64, berkata, walaupun sudah bersara sebagai pengendali profesional, jadual Mohd. Azraai Khor, 72, tetap padat dengan aktiviti sukan itu. “Boleh kata kerap arwah dipanggil untuk program berkaitan bola sepak terutama di sekitar negeri ini dan Sabtu ini pun sepatutnya dia terlibat…










