SAKHIR: George Russell berkata, kereta baharu Formula Satu (F1) Mercedes lebih bagus untuk dipandu berbanding tahun lalu selepas memandu 122 pusingan di Litar Sakhir, Bahrain pada hari pertama sesi ujian. Pemandu Britain itu yang akan memberi laluan kepada rakan sepasukan iaitu bekas juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton untuk sesi ujian seterusnya berkata, ia adalah penampilan sulung yang positif untuk kereta W15. “Saya rasakan kami mempunyai asas yang baik untuk…