Dhabitah, Tze Liang perlu keajaiban

Dhabitah, Tze Liang perlu keajaiban

NUR Dhabitah Sabri akan menggalas cabaran negara di Terbuka Malaysia 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan masih ada buat skuad terjun negara menambah atlet untuk ke Sukan Olimpik Paris Julai ini, namun peluangnya amatlah tipis.

Pengarah Teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas menjelaskan dua penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Ooi Tze Liang yang beraksi dalam acara 3 meter (m) papan anjal masih berpotensi untuk membuat penampilan di temasya sukan terbesar dunia itu menerusi pembahagian slot kuota.

Berdasarkan format kelayakan Sukan Olimpik, sebanyak 136 slot diperuntukkan untuk penerjun seluruh dunia beraksi di temasya ini membabitkan acara platform dan papan anjal individu.

Daripada jumlah itu, 12 slot automatik hadir menerusi Kejohanan Dunia di Fukuoka tahun lalu, disusuli 12 lagi slot di Kejohanan Akuatik Dunia, Doha yang berlangsung ketika ini.

Lima lagi slot akan diisi oleh juara benua masing masing.

Justeru peluang terakhir Dhabitah dan Tze Liang adalah mengharapkan ihsan daripada kuota tambahan, dengan syarat negara lain tidak menggunakan kuota tersebut.

“Secara jujur, mana-mana atlet yang tidak layak (secara merit) memang sukar untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik, kecuali Tze Liang dan Dhabitah. Kedua-dua ini ada sedikit harapan untuk layak.

“Bagaimanapun, kita perlu menunggu untuk kuota yang belum digunakan bagi memastikan mereka mendapat peluang melayakkan diri ke Olimpik,” kata Bryan.

Dhabitah yang mula tampil di Sukan Olimpik Rio 2016 terlepas tiket automatik ke Paris setelah gagal melepas had kelayakan yang ditetapkan untuk acara 10 meter (m) platform seirama bersama Datuk Pandelela Rinong dan 3m papan anjal wanita individu.

Ketika ini, Malaysia hanya mempunyai satu penerjun sahaja yang layak beraksi di Sukan Olimpik Paris iaitu Bertrand Rhodict Lises. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN