PETALING JAYA: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan tonggak Harimau Malaya, Dion Cools terlibat dalam cubaan mengheret kelab itu ke dalam perangkap ‘perang’ bidaan pemain. Harimau Selatan tampil memberi penjelasan menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards. “Not (bukan) Dion Cools. Thank you (terima kasih),” tulis juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu. Sebelum ini, spekulasi hangat diperkatakan bahawa Cools…