Tak perlu rasa kerdil

Tak perlu rasa kerdil

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Doha, Qatar, semalam. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menduduki ranking terendah berbanding tiga lagi pasukan dalam Kumpulan E bukan menjadi ‘kewajipan’ buat Harimau Malaya bersikap terlalu menghormati pasukan lawan.

Berdasarkan kedudukan ranking FIFA, Korea Selatan berada ditangga tertinggi iaitu 23 dunia sekali gus menjadi pasukan pilihan utama dalam Kumpulan E diikuti Bahrain di tangga 86 dan Jordan (87) manakala Malaysia (130).

Harimau Malaya akan berdepan skuad Taegeuk Warriors pada aksi terakhir kumpulan, bermakna dua perlawanan awal berdepan Jordan dan Bahrain adalah amat penting untuk Malaysia tidak kehilangan mata.

Turun dengan misi memenangi Piala Asia, skuad bimbingan Jurgen Klinsmann itu menyenaraikan ramai pemain bintang bertaraf dunia termasuk kapten mereka yang juga tonggak Tottenham Hotspur, Son Heung Min selain pertahanan Bayern Munich, Kim Min Jae, Lee Kang In (Paris Saint-Germain) dan Hwang Hee Chan (Wolverhampton Wanderers).

Begitupun, Stuart Walkin menjelaskan Kim Pan Gon sentiasa memberikan pesanan supaya barisan pemain Harimau Malaya tidak terlalu menghormati lawan meskipun berdepan pasukan besar seperti Korea Selatan.

“Sudah tentu ia menjadi cabaran terbesar buat pasukan, tetapi saya fikir kami sangat teruja untuk mencabar diri menentang mereka (pemain Korea Selatan).

“Jurulatih selalu katakan bahawa kami perlu menghormati lawan, namun tidak boleh terlampau menghormati mereka. Jadi kami harus berjuang, melawan dan tidak terlalu memberi ruang kepada mereka,” katanya.

Harimau Malaya akan membukan kempen Piala Asia berdepan Jordan pada awal pagi (waktu Malaysia), 16 Januari ini sebelum menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN