NIKMAT kemerdekaan bukan hanya wajar diraikan saban tahun tetapi menjadi titik tolak kepada pembinaan dan pengukuhan negara berdaulat. Kemerdekaan tidak boleh dilihat semata-mata peralihan kuasa daripada penjajah kepada kepemimpinan watan, sebaliknya suatu ruang dan peluang untuk membangunkan negara mengikut acuan sendiri. Sepanjang tempoh kemerdekaan, kita telah meletakkan asas kukuh ke arah pembinaan negara bangsa ditunjangi sistem pendidikan, ekonomi dan politik yang mengambil kira aspek sejarah dan perubahan sezaman. Dalam konteks…









