Tahun 2017 memahatkan memori indah dalam kamus kehidupan Nur Aisyah Mohd. Razip, 23 apabila beliau dinobatkan sebagai Top Lifestyle Influencer sempena Influence Asia 2017. Masih setahun jagung ketika dinobatkan sebagai individu berpengaruh Asia itu benar-benar mengejutkan dirinya namun itulah hasil yang dituai selepas kerja kerasnya dari kecil menghasilkan video-video vlog seperti solekan dan aktiviti menarik untuk tontonan umum. Mengakui memboloskan diri terlalu awal ke dalam dunia alam maya, namun gadis…