MUKADIMAH KEMAMPUAN Perikatan Nasional (PN) di Melaka yang sebelum ini dipandang sebelah mata berikutan tewas di 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN), November 2021 tiba-tiba ‘mencanak’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Di bawah kepemimpinan Pengerusi PN negeri yang baharu, kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berjaya menyumbang tiga kerusi Parlimen, iaitu Masjid Tanah, Jasin dan Tangga Batu. Sesuatu yang tidak pernah difikirkan…









