Rasam tomato banyak khasiat - Utusan Malaysia

Rasam tomato banyak khasiat

RASAM Tomato sedap dimakan bersama nasi atau dihirup panas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASAM adalah sejenis sup berasal dari India Selatan. Ia merupakan makanan tradisional kaum India yang memberi banyak khasiat pada tubuh seperti membantu melegakan sakit tekak, batuk dan selsema.

Ujar Cef Dave, sebenarnya terdapat pelbagai jenis rasam yang dimasak mengikut citarasa masing-masing.

Namun yang pasti setiap jenis membangkitkan selera. Lebih-lebih lagi bila masam asam jawa, tomato dan aroma rempah-ratus serta bau daun kari semerbak bersatu.

RESIPI RASAM TOMATO

Masa penyediaan: 5 minit

Masa memasak: 15 minit

Hidangan: 2 hingga 3 orang

Bahan-bahan
4 biji tomato

Sedikit gula merah

Sedikit garam

Sedikit daun ketumbar

Bahan tumbuk
8 hingga 10 ulas bawang putih

1 sudu kecil jintan putih

2 sudu kecil lada hitam

Bahan tumis
Sedikit minyak bijan hitam Ammani

7 cili kering bulat

Dua tangkai daun kari

1 sudu kecil biji sawi

1 biji bawang besar (hiris halus)

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk cili

½ sudu kecil serbuk kunyit

Sedikit asam jawa (pilihan) larutkan bersama 2 cawan air

Cara penyediaan
1. Rebus tiga biji tomato, belah sedikit pada kulit tomato dan rebus selama 30 saat. Angkat dan rendam seketika dalam bekas yang berisi air sejuk.

2. Buang kulit tomato dan hancurkan menggunakan tangan. Ketepikan.

3. Lagi sebiji tomato potong dadu dan ketepikan.

4. Tumbuk bawang putih, lada hitam dan jintan putih. Tumbuk sehingga lumat. Ketepikan.

5. Sediakan periuk, masukkan minyak bijan hitam Ammani biarkan ia panas. Kemudian masukkan biji sawi, daun kari dan cili kering bulat. Kacau sehingga naik bau.

6. Masukkan bawang merah dan bahan yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.

7. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau lagi.

8. Masukkan tomato yang sudah hancur tadi. Kacau sehingga pecah minyak.

9. Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam. Kacau sebati dan biarkan reneh.

10. Akhir sekali, tutup api dan masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN