Benarkah wanita tidak suka berterus-terang? - Utusan Malaysia

Benarkah wanita tidak suka berterus-terang?

Ahmad Shafiai Uda Jaafar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kata lelaki, wanita sukar difahami. Jika mulut kata ya, tetapi perangai pula menunjukkan sebaliknya.

Paling sering terjadi, apabila berlaku pergaduhan, wanita akan kata mereka okay sahaja tetapi tingkahlaku ditonjolkan, bagaikan memprotes pula.

Menurut Konsultan Kekeluargaan Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh Kluster Masyarakat Progresif Pertubuhan IKRAM Malaysia, Ahmad Shafiai Uda Jaafar, wanita sememangnya sinonim menggunakan ungkapan yang tidak terus, bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing ketika berbicara.

Laporan ScienceDaily berjudul Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter, ada melaporkan, bahawa binaan otak wanita memang telah diprogramkan memiliki lebih white matter yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi bahasa tidak terus’ ini.

Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrontasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa.

“Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi.

“Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik,” katanya.

Namun, bagi kebanyakan lelaki, mereka tidak faham dengan bahasa tidak terus kerana minda mereka memiliki lebih 10 kali grey matter daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik.

Kefahaman lelaki banyak bergantung kepada apa yang diucapkan kerana lelaki tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat.

“Oleh itu, jika isterinya beri isyarat, “Abang tak lapar ke?” dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicap sebagai tidak romantik,” jelasnya.

Cuba fahami perbezaan cara komunikasi ini agar komunikasi dengan pasangan lebih berkesan dan mendapat mawaddah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×