Bagasi bergaya teman kembara - Utusan Malaysia

Bagasi bergaya teman kembara

PERKARA perlu diambil kira sebelum memilih bagasi adalah ke mana destinasi kembara anda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebaik keluar dari perut kapal terbang, pasti ramai yang tidak sabar-sabar hendak mengambil bagasi masing-masing yang didaftar masuk sebelum ini.

Pasti ada sedikit kerisauan ‘nasib’ bagasi yang ditunggu-tunggu kemunculannya di belting atau konvenyer. Kalau bagasi keluar dalam keadaan pecah atau retak, sudah tentu boleh menghilangkan mood untuk bercuti sebab terpaksa mengeluarkan bajet lagi untuk membeli bagasi baharu.

Bagasi pakaian antara perkara penting perlu dipertimbangkan apabila merancang untuk pergi bercuti sama ada percutian domestik ataupun antarabangsa.

Ciri-ciri penting beg yang akan membawa pakaian dan pelbagai barang anda sepanjang percutian, bukan saja perlu menarik tetapi mestilah tahan lasak dan tidak mudah pecah selain mudah dikendalikan.

Perkara pertama yang perlu difikirkan sebelum membeli bagasi untuk bercuti adalah ke mana destinasi anda?

Adakah ia percutian yang santai atau percutian ke tempat-tempat yang luar bandar, di dalam hutan atau aktiviti lasak lain. Jenis bagasi yang dibawa perlu mengikut jenis percutian.

Kalau ke tempat untuk aktiviti lasak atau luar bandar, sudah tentu tidak sesuai menggunakan bagasi beroda kerana ia sudah tentu akan cepat rosak dan rodanya pun boleh jadi tidak laras.

Pilihlah bagasi yang didatangkan dengan roda kukuh dan sesuai untuk semua jenis jalan atau lantai.

Beg pakaian empat roda adalah lebih seimbang, bergantung pada cara anda mengemas, jika pengagihan berat tidak seimbang bagi dua roda, ia boleh terbalik.

Bagasi empat roda mampu menahan beban sama rata di setiap bahagian bagasi.

Beg pakaian kulit keras boleh retak yang menyebabkannya berkecai lebih cepat daripada bagasi lembut.

Bagi mengelakkan kebimbangan ini, pilih beg pakaian diperbuat daripada ABS polikarbonat yang tahan sepanjang perjalanan.

Sempena musim cuti, Seri tampilkan aneka bagasi kembara yang versatil, ringan dan tahan lasak sesuai lokasi kembara anda.

Ada jenis empat roda berputar yang boleh diseret dalam pelbagai arah ketika di lapangan terbang.

Mereka yang gemar beryoga, pilih jenis yang boleh memuatkan anda membawa alas yoga, tetapi boleh diubah kepada beg besar yang lebih bergaya.

Beg sandang barangkali digemari ramai kerana ia mudah laras, selain sesuai digayakan ketika bercuti hujung minggu atau dibawa ke dalam kapal terbang bagi perjalanan yang panjang.

Pilih jenis kompak dan mudah dibawa ke mana saja, berciri moden dan gaya malar segar.

Pencinta alam dapatkan koleksi yang dibina kukuh menggunakan polikarbonat kitar semula.

Bahagian luarnya tahan lasak dan di bahagian dalam dilapisi dengan antimikrob bagi mengekalkan kualitinya serta tahan lebih lama.

Apa perlu dilakukan jika bagasi anda rosak?
* Sekiranya bagasi rosak, anda perlu melaporkannya kepada kaunter berkaitan tuntutan bagasi di lapangan terbang itu juga.

* Jangan berdiam dan menangis saja sebaliknya buat tuntutan bertulis kepada syarikat penerbangan dalam masa tujuh hari.

* Anda perlu menunjukkan bahawa beg anda dan kandungannya berbaloi dengan jumlah tuntutan anda dengan menggunakan resit, rekod kad kredit atau sebarang bukti bergambar.

* Kalau boleh ambil gambar bagasi yang pecah atau rosak itu.

* Syarikat penerbangan juga tidak membenarkan penggantian ‘baru untuk lama’ apabila mempertimbangkan nilai tuntutan anda.

* Mereka akan melihat nilai barang berdasarkan usia dan kualiti apabila hilang.

* Anda juga boleh membuat tuntuan insuran kerana syarikat penerbangan mungkin tidak membayar kos sebenar kerugian yang anda alami akibat beg yang hilang atau rosak.

* Pastikan anda melindungi bagasi dengan insuran. Jadi, kalau rosak boleh buat tuntutan ketika di lapangan terbang.

Langkah-langkah membuat tuntutan insuran jika bagasi rosak:
* Jangan panik jika bagasi anda rosak, segera ke kaunter perkhidmatan bagasi dan beri segala butiran diperlukan seperti tiket penerbangan dan pelekat beg yang diberikan ketika mendaftar masuk bagasi.

* Syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk membayar pampasan sekiranya bagasi rosak, tidak kira sama ada pengguna telah membeli insuran perjalanan atau tidak.

* Maklumkakan kepada pihak penerbangan secepat mungkin sekiranya bagasi yang didaftar masuk rosak. Syarikat penerbangan akan menilai semua kes bagasi rosak berdasarkan situasi setiap kes
untuk mengesahkan tahap kerosakan dan kebolehgunaan bagasi.

* Anda perlu melaporkan aduan secara bertulis kepada syarikat penerbangan selepas anda mendarat atau dalam tempoh tujuh hari selepas pendaratan jika bagasi anda mengalami kerosakan.

* Maklumat mengenai kejadian seperti tarikh, kerosakan yang berlaku, lokasi dan sebagainya

* Butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kehilangan atau kerosakan yang ingin anda tuntut seperti resit harga bagasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN