Sebaik keluar dari perut kapal terbang, pasti ramai yang tidak sabar-sabar hendak mengambil bagasi masing-masing yang didaftar masuk sebelum ini. Pasti ada sedikit kerisauan ‘nasib’ bagasi yang ditunggu-tunggu kemunculannya di belting atau konvenyer. Kalau bagasi keluar dalam keadaan pecah atau retak, sudah tentu boleh menghilangkan mood untuk bercuti sebab terpaksa mengeluarkan bajet lagi untuk membeli bagasi baharu. Bagasi pakaian antara perkara penting perlu dipertimbangkan apabila merancang untuk pergi bercuti sama…