“Kain songket tenunan anak Melayu, tapi sayang tidak boleh dipakai selalu,”. Itu antara bait lagu nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma. Lagu itu menjadi latar persembahan koleksi songket milik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sempena Festival Seni Hidup yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) baru-baru ini. Lima persalinan baju songket wanita dan lelaki serta lima lagi kain songket lepas turut dipamerkan pada persembahan berkenaan. Keindahan seni songket mendapat pengiktirafan…