Persona dan empati elemen usahawan berjaya - Utusan Malaysia

Persona dan empati elemen usahawan berjaya

Nur Surayya Mohd. Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kaum hawa sinonim dengan kelembutan, penyayang dan sifat-sifat keibuan selain memiliki tahap empati yang tinggi.

Gabungan persona dan ciri-ciri itu memberi kelebihan buat wanita untuk muncul sebagai usahawan berjaya kerana kewibawaan mereka mentadbir urus setiap tugasan.

Kejayaan demi kejayaan diraih usahawan wanita di pelbagai peringkat jelas membuktikan kemampuan kaum hawa yang setanding dengan lelaki.

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Nur Surayya Mohd. Saudi berkata, ketika ini kebanyakan perniagaan dalam talian dimiliki kaum hawa, malah negara turut melahirkan ramai tokoh-tokoh perniagaan wanita yang berjaya.

Justeru katanya, wanita perlu pintar dalam merangka pembangunan pendapatan isi rumah dan langkah mendekatkan serta menceburkan diri dalam bidang usahawan harus dipandang tinggi semua pihak.

“Inisiatif menceburkan diri dalam bidang perniagaan disifatkan secocok dengan peranan wanita yang memerlukan masa fleksibel dalam memenuhi tanggungjawab menguruskan keluarga.

“Bagaimanapun mereka yang berminat menjinakkan diri sebagai usahawan perlu sentiasa peka dan mengambil peluang memohon dana-dana yang ditawarkan kerajaan,” katanya kepada Seri.

Menurut Nur Surayya, dalam mencapai hasrat menjadi usahawan berjaya, budaya pembelajaran sepanjang hayat perlu ditanam dalam jiwa sanubari mereka.

“Ilmu perlu diterokai tanpa had, manakala bakat dan kompetensi harus dicungkil dan digilap dengan berterusan berbekalkan usaha yang tinggi,” katanya.

Realitinya dunia perniagaan dan kerjaya sebagai usahawan yang dulunya didominasi kaum Adam boleh diberikan ruang lonjakan kepada kaum hawa.

Justeru, wanita yang ingin mema­suki dunia perniagan perlu diberikan peluang dan bimbingan, tambahan pula aktiviti perniagaan yang rancak merupakan salah satu strategi untuk memacu ekonomi negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×