Mata tanpa solekan juga berhabuk, punca alahan - Utusan Malaysia

Mata tanpa solekan juga berhabuk, punca alahan

MATA dan kelopak mata perlu dibersihkan dengan betul untuk mengelakkan iritasi dan pengumpulan minyak. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI beranggapan mata tanpa sebarang solekan tidak perlu dibersihkan tetapi sebenarnya bulu dan kelopak mata mempunyai minyak kulit yang terkumpul.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Datin Haliza Abdul Mutalib berkata, biarpun mata bebas daripada segala solekan namun minyak akan memerangkap habuk dan debu yang akan menyebabkan gejala alahan.

“Sebab itu penting untuk membersihkan kekotoran yang ada pada bulu dan kelopak mata. Bukan hanya menggunakan air sahaja tetapi dengan ramuan atau formula terbaik untuk merawat mata dan wajah,” katanya kepada Seri.

Dr. Haliza yang juga Pakar Optometris dan Kanta Lekap berkata, inovasi menerusi Embun iaitu produk yang dapat membantu meredakan kegatalan dan iritasi mata akibat pengumpulan debu, habuk pada bulu dan liang air mata.

“Ia diperkaya dengan dengan agen antibakteria dan pelbagai ramuan asli terutama minyak kelapa dara untuk membersihkan bulu mata daripada minyak, kekotoran, habuk dan kelenjar air mata di garisan kelopak mata.

“Selain mampu merawat masalah kegatalan mata dan wajah disebabkan alergi seperti resdung,” katanya.

KEPENTINGAN MINYAK KELAPA DARA
Embun mengandungi bahan semula jadi seperti minyak kelapa dara, dioles di luar bahagian mata mampu menarik keluar habuk dan kekotoran daripada akar bulu mata.

Ia akan menipiskan lapisan berminyak yang menyebabkan liang air mata tersumbat.

Ia juga mampu melemahkan kuman resdung yang mengakibatkan kegatalan mata dan seluruh wajah.

Sesuai untuk semua peringkat umur daripada bayi hingga dewasa.

KEGUNAAN SEMBURAN PEMBERSIH KELOPAK MATA
Mencuci bulu mata

Mata dan wajah yang gatal

Pemakai kanta lekap

Menghindari ketumbit

Membersih sekitar mata yang berhabuk

Membersihkan solekan mata

Menyegarkan mata letih dan sembab

Melegakan mata kering

CARA PENGGUNAAN
1. Sembur pada wajah atau gunakan kapas dan disapu pada bulu mata dan sekitar kelopak mata dengan sedikit tekanan.

2. Gunakan lipatan kapas untuk mengoles lembut bahagian bawah garisan kelopak mata. Ulang beberapa kali.

3. Ulang dengan kapas baharu pada mata satu lagi. Tidak perlu bilas. Amalkan selalu atau sehari sekali ikut keperluan.

4. Bagi kes alergi teruk, semburkan Embun ke seluruh wajah hingga ke belakang telinga dan biarkan kering dengan sendirinya. Ulang semburan ke wajah beberapa kali dalam sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN