ASAM pedas merupakan makanan tradisi yang popular terutamanya di bandaraya bersejarah Melaka.
Asam pedas ikan pari antara variasi yang paling popular dalam hidangan berkenaan dan digemari oleh kebanyakan orang dari pelbagai negeri.
Minggu ini, Seri kongsikan resipi asam pedas ikan pari oleh surirumah, Normawati Omar, 40 yang sangat menggemari hidangan berkenaan.
Katanya, kuah yang pekat lebih enak dihidangkan bersama nasi panas serta sambal belacan.
Bahan- bahan
1 ekor ikan pari dipotong kecil
2 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut
1 mangkuk cili kisar
Sedikit air asam jawa
Bendi
Tomato
Bunga kantan
Daun kesum
Bahan kisar
1 inci halia
2 ketul kunyit hidup
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis serai dan daun limau purut
Masukkan bahan kisar
Tumiskan cili sehingga pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan air putih untuk kuah
Masukkan ikan dan tunggu hingga masak
Masukkan pula bunga kantan dan daun kesum
Perasakan dengan garam dan gula
Akhir sekali, masukkan tomato dan bendi.










