Masalah kulit wajah seperti jerawat dan jeragat yang sukar hilang, adalah disebabkan skin barrier yang telah rosak.
Skin barrier yang sihat akan melembapkan kulit, menghalang bendasing menembusi ke dalam kulit. Kandungan ceramide dalam produk penjagaan wajah terutama pelembap penting untuk menguatkan, melindungi dan menghasilkan skin barrier yang sihat.
Apabila skin barrier sihat, kulit wajah akan lembap, cerah, licin dan kelihatan bercahaya atau glass skin.
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN CERAMIDE PULIH SKIN BARRIER
Ceramide merupakan lemak yang terhasil secara semula jadi pada lapisan kulit atas. Lapisan ini akan berkurangan dengan pertambahan usia dan kerosakan akibat sinar UV serta penggunaan pencuci yang tidak sesuai.
Kandungan ceramide dalam produk dapat menguatkan dan melindungi skin barrier.
Jika kulit mula menghasilkan kerengsaan, sunburn dan sebagainya, kulit akan cepat pulih apabila skin barrier kuat dan tidak mudah breakout.
Ada banyak produk di farmasi dan pasaran yang menjual pelembap mengandungi bahan ceramide.
Set 5X Ceramide Skintific (lima jenis ceramide) memperkuatkan lagi skin barrier. Ia membaiki penghalang kulit, melembapkan, menenangkan sel kulit yang rosak, mengurangkan kemerahan, menghaluskan tekstur kulit dan bebas daripada masalah kulit wajah.
RUTIN PENJAGAAN WAJAH
Purifying Barrier Ice Cream Cleansing Balm- Membersihkan solekan dengan mudah. Mengandungi ceramide dan vitamin E untuk memastikan kulit licin dan lembut serta lembap.
5X Ceramide Low pH Cleanser- Tidak membuatkan kulit terasa kering, tertarik, merengsa, merah selepas dibilas dan membersihkan kulit secara mendalam.
5X Ceramide Soothing Toner- Berfungsi untuk mengekalkan penghalang kulit untuk mengelakkan masalah kulit.
5X Ceramide Serum-Mengekalkan dan memulihkan keadaan penghalang kulit.
5X Ceramide Moisturizer- Penyelesaian untuk semua masalah kulit seperti jerawat, kulit kering, kemerahan, kulit bertekstur dan pori besar. Ia meniru struktur penghalang kulit dan berfungsi secara berbeza untuk setiap lapisan kulit. Guna pagi dan malam.
Barrier Booster Facial Oil- Membaiki penghalang kulit secara intensif dan mendalam. Memperbaiki tekstur kulit.
Serum Sunscreen-Menggunakan penapis UV terkini (Tinosorb S dan M) dari Jerman, terbukti dapat meminimumkan kerengsaan pada kulit. Diperkaya dengan ceramide dan hyaluronic acid.
Tips kenali kulit wajah
Kenali jenis kulit terlebih dahulu, cari produk yang sesuai dengan kulit dan ikut cara pemakaian yang betul atau disarankan.
Jika telah pakai lebih sebulan dan kulit timbul jerawat banyak, ia bermaksud kulit tidak boleh tolerated dan pemakaian perlu dihentikan.
Sebelum menggunakan active ingredients, pastikan menggunakan patch test.










