Lapan tips tingkat keyakinan diri - Utusan Malaysia

Lapan tips tingkat keyakinan diri

BINA keyakinan diri untuk pulih daripada masalah mental. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBELAKANGAN ini banyak kes masalah mental seperti kemurungan, anxiety, dan tekanan.

Namun di sebalik masalah ini berlaku, ada elemen kurang keyakinan dan rasa rendah diri yang menyebabkan individu terdedah kepada risiko untuk mengalami kesihatan mental.

Pakar Psikiatri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Rozanizam Zakaria menjelaskan, ramai sebenarnya yang bergelut dengan isu keyakinan diri sama ada sememangnya mempunyai masalah mental mahupun tiada masalah itu yang menyebabkan terperangkap dalam kehidupan sehingga mengganggu perhubungan, pembelajaran, kerja dan lain-lain.

Kata beliau, lapan tips keyakinan diri perlu dipraktikkan dalam kehidupan supaya perkembangan dan perubahan sedikit demi sedikit, sederhana, tinggi dan sangat tinggi dapat dilihat, seterusnya dicapai dengan baik.

1) Kenalpasti, berwaspada dan berjaga-jaga dengan self criticism iaitu pemikiran yang mengkritik diri sendiri. Contohnya, ‘aku tidak cantik, aku tidak pandai, aku tidak macam orang lain’ dan apabila ayat itu diulang-ulang akan mempengaruhi cara fikir. Ia perlu dielakkan.

2) Belajar untuk reverse negative self-talk dengan pemikiran lebih realistik. Lawan dengan kata-kata realistik berbanding positif.

3) Berhenti membandingkan diri dengan orang lain tanpa tujuan yang betul. Emosi akan terganggu jika kerap membuat perbandingan dengan orang lain. Apa yang kita nampak pada orang lain bukanlah suatu hakikat.

4) Ingatkan diri dengan kekuatan dan kelebihan yang ada walaupun ia kecil pada mata kita. Tulis perkara yang baik ada pada diri dan orang lain sebut baik-baik tentang diri kita.

5) Jaga kesihatan diri untuk meningkatkan kesihatan mental. Lakukan healthy routine setiap hari untuk tingkatkan keyakinan diri.

6) Bantu dan berbuat baik kepada orang lain dengan lakukan kebajikan, senyuman, tolong-menolong, sebarkan tulisan yang baik dan bermanfaat, beri makanan kepada kucing jalanan, beri laluan pada kereta orang lain serta bersedekah.

7) Bersedia memaafkan dan menerima diri sendiri disebabkan kekurangan yang ada dan terima hakikat yang kita tidak sempurna dan normal kalau kesilapan itu boleh berlaku.

8) Sentiasa ada kehendak dan keinginan untuk memperbaiki diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN