Bukanlah mahu membanding-bandingkan, namun realitinya, industri filem kita pada masa kini sememangnya ketandusan seorang pelakon bertaraf primadona. Pelakon primadona mempunyai ciri-ciri pemain watak yang hampir sempurna, selain memiliki kejelitaan, aura, karisma dan kredibiliti menghidupkan setiap peranan dalam lakonan mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan, industri masih belum berjaya melahirkan mana-mana pelakon baharu yang mempunyai semua keistimewaan itu untuk terus menyerlah di mata khalayak. Sutradara terkenal, Osman Ali berpandangan sama, tentang kekurangan…










