fbpx

Bereksperimentasi dengan motif cetakan

Menawarkan pelbagai saiz menepati potongan tubuh wanita.

Motif cetakan berulang dalam permainan rona memberikan keceriaan pada koleksi percutian daripada Lilit dengan usahasama Nala atau LILIT X Nana.

Busana sopan ini didatangkan dalam pilihan blaus, tunik dan gaun paras buku lali yang sememangnya serasi untuk digayakan ke acara santai atau bertemu rakan di hujung minggu.

Ia juga mesra wanita apabila hadir dengan poket, anti-kedut dan mudah digosok.

Ada potongan mesra penyusuan untuk memudahkan urusan bagi yang bergelar ibu.

Koleksi ini suatu kolaborasi bersama jenama tempatan yang terkenal dengan warna dan corak yang bold.

Mengambil inspirasi daripada bunga Plumbago yang melambangkan harapan dan kesejahteraan, koleksi terbaru ini memberikan sesuatu yang tidak pernah dilihat pada rekaan pakaiannya iaitu corak yang berwarna warni.

Pengurus Jenama Lilit, Amee Halim berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk menjayakan pelbagai jenis kolaborasi buat pelanggannya dalam segmen busana sopan.

“Timbal balas daripada pelanggan sangat baik, malah sambutan kami terima juga amat memberangsangkan,” katanya.

Sementara itu, pengasas Nala, Lisette Scheers memberitahu, secara peribadi beliau menggemari potongan tunik rona oren dan biru kerana percaya pemakaiannya mampu membuatkan seseorang tampil menawan.

“Gandingan warnanya juga amat menawan dan anggun. Selain fabrik lembut, potongan bahagian lengan yang lebar membuatkan ia sangat bergaya. Baju ini membuatkan saya rasa kelihatan jelita,” ujar Lisette Scheers mengenai pilihan baju digemarinya dalam usahasama itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!