Syamsul Yusof terkilan dengan Finas - Utusan Malaysia

Syamsul Yusof terkilan dengan Finas

Syamsul Yusof.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah berkaliber, Syamsul Yusof meluahkan rasa terkilan apabila teguran yang dikeluarkannya berhubung isu cetak rompak, baru-baru ini dipandang sepi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Kata Syamsul, lebih menyedihkan lagi apabila pihak perbadanan itu langsung tidak menghubungi atau mengajaknya ‘duduk semeja’ bagi membincangkan masalah tersebut.

“Kenapa mereka tak panggil saya? Buat perbincangan tapi tidak melibatkan saya. Jangan risau, saya tak makan orang.

“Ini adalah tanggungjawab saya selaku orang filem. Saya tak nak isu ini naik sekejap, selepas itu senyap pada kemudian harinya.

“Saya kecewa dengan sikap mereka. Adakah sebab saya muda? Nak kata saya muda, umur pun sudah hampir mencecah 40 tahun. Mungkin rambut saya belum putih,” katanya.

Syamsul berkata demikian ketika ditemui selepas majlis bual bicara Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan: Yang Tersurat dan Tersirat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini pagi tadi.

Mengulas isu yang sama, Syamsul berharap agar pihak Finas akan lebih tegas dalam menangani isu cetak rompak yang masih belum selesai sehingga ke hari ini.

“Kepada siapa lagi pembikin filem nak mengadu tentang masalah ini? Finaslah. Sampai bila nak biarkan isu cetak rompak terus membunuh industri?

“Saya juga berharap Finas dapat mengambil kira pandangan orang muda tentang masalah ini. Saya tak mahu pentingkan diri dan bukan bersuara bila filem saya laku sahaja.

“Saya nampak kita boleh pergi jauh dalam menangani isu ini. Finas kena bertegas. Saya tak mahu masalah cetak rompak ini terus didiamkan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya