Selleys galakkan projek DIY, bantu pengguna jimat masa dan kos - Utusan Malaysia

Selleys galakkan projek DIY, bantu pengguna jimat masa dan kos

Sebahagian daripada peserta yang terbabit dalam bengkel DIY, #DareToRepair baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kaedah Do It Yourself (DIY) semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat ketika ini terutama dalam memperbaiki dan mendekorasi kediaman.

Melihatkan kepada trend itu, jenama barangan pertukangan, Selleys memperkenalkan lima produk terbaharunya dengan tema DIY yang menggalakkan pemilik kediaman
melakukan kerja baikpulih sendiri.

Lima produk utama yang diperkenalkan adalah RP7 yang boleh mengurangkan bunyi berdecit serta melicinkan tingkap yang keras, No More Gaps yang boleh memperbaiki
keretakan pada dinding, Knead It Underwear yang boleh memperbaiki paip bocor.

Turut diperkenalkan Supa Glue yang boleh membaiki barangan plastik pecah serta Liquid Nails yang boleh membantu kerja-kerja DIY seperti membaiki rak buku dinding, membaiki kabinet yang rosak.
Pengurus Besar

Perniagaan TU, Chen Lee Seong berkata, inisiatif itu diambil selepas melihatkan kenaikan kos membaiki rumah oleh profesional ketika ini.
“Kami berharap produk ini dapat membantu ramai pemilik rumah membaiki rumah dengan sendiri serta dapat menjimatkan masa, kos serta mengurangkan tekanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×