KUALA TERENGGANU: Jabatan Agama Islam di semua negeri perlu melakukan siasatan terhadap dakwaan terdapat lebih 400 sekolah pondok di negara ini berpotensi menjadi pusat penyebaran fahaman ekstremis. Pengerusi Pertubuhan Warisan Pendidikan Negeri Terengganu (Pewaris), Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, dakwaan melibatkan institusi sekolah pondok satu tuduhan berat dan serius. Ini kerana, menurut beliau, kebanyakan sekolah pondok terutama di negeri ini telah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama negeri dan…

 
								 
											









