Hijabbib mudahkan peguam wanita - Utusan Malaysia

Hijabbib mudahkan peguam wanita

Hijabbib yang dikaji sejak tahun 2020, melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum MyIPO bersetuju untuk menerima fail paten inovasi berkenaan pada Ogos 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiga bekas peguam yang kini bergelar penyelidik di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menampilkan rekaan tudung bersama bib – Hijabbib. Selain sudah dipatenkan, ia juga amat praktikal dan fleksiblel serta mampu menyelesaikan permasalahan keciciran bib yang kerap berlaku dalam kalangan peguam wanita Muslim.

Ketua Penyelidik, Dr. Saidatul Nadia Abd. Aziz berkata, inovasi berkenaan berupaya membantu peguam wanita dalam memudahkan kehidupan harian yang sibuk.

“Nama hijabbib diberikan hasil perbincangan untuk menggabungkan tudung dan bib. Kami faham dan sedar ia adalah keperluan seorang peguam untuk memakai bib di dalam mahkamah semasa prosiding mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi wanita bertudung, tema instant ini sememangnya digemari. Ia bukan ‘gaya’ baharu, sebaliknya sudah lama ada. Jadi, kami merasakan, apa salahnya memudahkan peguam wanita bertudung dalam bersiap ke mahkamah? Ia menjimatkan masa dan tenaga,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hijabbib yang dikaji sejak tahun 2020, melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum MyIPO bersetuju untuk menerima fail paten inovasi berkenaan pada Ogos 2021.

Penyelidik lain terlibat adalah Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail dan Dr. Zamre Zahir.

Tambah Saidatul produk berkenaan direka untuk dipakai di dalam dan di luar mahkamah.

“Kami juga faham ia tidak boleh dipakai semasa luar mahkamah untuk digayakan sebagai fesyen. Oleh sebab itu, kami menyediakan sepasang shawl tambahan yang dijahit sekali untuk menutup bahagian bib apabila berada di luar mahkamah.

“Ia terpulang kepada pemakai sama ada mahu menutup atau tidak bahagian bib, mengikut kesesuaian keadaan pada masa tersebut. Material yang digunakan pula adalah material premium mudah gosok, sejuk dan mudah untuk dikendalikan,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Saidatul, inovasi itu bukan bertujuan untuk mengubah cara pemakaian peguam di mahkamah.

Sebaliknya ia hanya inovasi yang menggabungkan penggunaan bib dan tudung dan bertujuan memudahkan pemakaian peguam wanita bertudung di mahkamah.

“Ia masih mengikut keperluan pemakaian seorang peguam di mahkamah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, ramai yang gemar pemakaian yang ringkas dan memudahkan, lagi-lagi seorang peguam yang amat sibuk dengan urusan seharian,” jelasnya.

Inovasi itu kini sedang alam proses pengkomersialan dan akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

Perancangan untuk mengkomersialkannya ke pasaran yang lebih luas juga sedang giat dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini