Kandang kuda di Rubinga MAEPS, Serdang kelihatan agak lengang pagi itu dengan beberapa pelatih sedang mempelajari teknik mengawal kuda bersama jurulatih masing-masing. Sesekali ada kuda hitam yang ditunggangi individu yang mahir, berlari pantas menggelilingi kawasan gelanggang, menerbangkan debu dek hentakan kakinya. Di tengah gelanggang, Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah, 47 sedang berlatih menunggang kuda sambil dikawal oleh seorang jurulatih disamping beliau. Dari jauh dia melambai apabila perasan dirinya sedang…