Biarkan saja dia bertepuk sebelah tangan - Sharifah Rose. - Utusan Malaysia

Biarkan saja dia bertepuk sebelah tangan – Sharifah Rose.

Sharifah Rose.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan personaliti media sosial, Sharifah Rose, menyatakan pendapatnya kecaman daripada warganet adalah perkara biasa yang harus dilalui oleh mana-mana pempengaruh.

Menurut Rose, dia mengambil kecaman yang mempunyai input positif untuk menambah baik dirinya sebagai pendatang baharu dalam industri seni tempatan.

Pelakon drama popular Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu juga enggan mengambil pusing jika menerima komen warganet yang tiada asas.

“Bagi saya, bila awak sudah menjadi seorang ‘public figure’ perkara tersebut adalah biasa.

“Pada ketika ini, apa pun kecaman itu, yang mana jika ada input positif yang saya boleh ambil untuk menambah baik diri, saya akan ambil.

“Tetapi, jika menerima kecaman yang tiada asas untuk dikecam. Jadi kadang kala itu, saya macam ‘tidak mengapalah, biarkan sahajalah’,” katanya ketika sidang media secara virtal drama Ku Punya Hati.

Mengulas lanjut, Rose turut berpendapat langkah terbaik bagi menutup mulut segelintir warganet adalah mengabaikan sahaja komen mereka.

“Ia kerana apabila awak respon, perkara itu akan berlarutan dan akan menjadi lebih besar.

“Jadi, biarkan sahaja dia (warganet) bertepuk sebelah tangan dan lama kelamaan mereka akan diam juga.

“Paling terbaik adalah abaikan sahaja dan lakukan yang terbaik apa pun yang awak lakukan,” ujarnya panjang.

Sekadar informasi, Sharifah Rose memegang watak sebagai Rashidah menerusi drama terbaharu Ku Punya Hati mulai 4 Ogos, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7malam di slot Akasia TV3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN