Lima tarikan IOI City Farm untuk keluarga

Lima tarikan IOI City Farm untuk keluarga

ioi city farm
Kanak-kanak boleh berinteraksi dengan hidupan di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru sahaja membuka pintu kepada pengunjung Khamis lalu, IOI City Farm merupakan antara tarikan terbaharu yang terletak di pusat beli-belah IOI City Mall.

Berpeluang melawati ruang pameran seluas 18,000 kaki (1672 meter persegi) itu, terbit rasa kagum melihat terdapat kawasan bagaikan alam semula jadi di dalam bangunan konkrit berkenaan.
Berikut antara lima tarikan di kebun berkenaan yang boleh anda kunjungi.

Tiga zon menarik
Kebun berkonsepkan alam semula jadi ini memiliki tiga zon iaitu Greenland, Little Rimba dan Freshwater World yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan laut.

Pemandangan hijau mendamaikan
Setibanya di pintu masuk, pengunjung sudah pun dihidangkan dengan pemandangan hijau yang cantik daripada pelbagai jenis tumbuhan. Ada juga pemandangan seakan air terjun di kawasan kolam yang terdapat kawasan berkenaan.
Terdapat 111 spesies tumbuhan hidup ditempatkan di sembilan seksyen berlainan. Kanak-kanak boleh belajar mengenai spesies tumbuhan dan serangga.

Kenali 17 spesies haiwan
Menjengah ke kawasan dalam seakan gua, sudut berkenaan menempatkan 17 spesies haiwan seperti sugar glider, landak, racoon, marmoset dan banyak lagi yang jarang dilihat. Kanak-kanak juga boleh memberi makan atau membelai arnab, anak ayam dan anak itik.

Berinteraksi dengan haiwan
Di bahagian bawah pula merupakan Freshwater Zone yang menempatkan 50 spesies hidupan akuatik.
Paling menyeronokkan, pengunjung terutamanya kanak-kanak juga boleh berinteraksi dengan hidupan laut berkenaan di kolam interaksi dan kolam sentuhan untuk membelai hidupan laut berkenaan.
Ada juga kawasan menangkap ikan kecil bagi pengunjung yang mahu merasai pengalaman memancing.

Penerangan daripada pakar
Premis ini turut menawarkan perkhidmatan daripada ahli zoologi dan botani yang pakar dalam bidang masing-masing.
Sambil berseronok, anak-anak juga boleh mempelajari sesuatu daripada pakar terlatih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×