UMNO yang penakut, tidak berani guna logo sendiri

UMNO yang penakut, tidak berani guna logo sendiri

MOHD. Amar Nik Abdullah ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Dialog Kemakmuran Ekonomi dan Pembangunan Negeri Kelantan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan semalam. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO sesuai dilabelkan sebagai parti ‘penakut’ apabila tidak pernah berani untuk menggunakan logo sendiri setiap kali berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, dalam sejarah politik tanah air, UMNO tidak pernah sekali pun menggunakan logo mereka setiap kali bertanding dalam PRU sebaliknya bergantung kepada lambang lain se­perti Perikatan dan Barisan Nasional (BN).

“Siapa sebenarnya yang takut dalam soal ini?” Soalnya dengan menegaskan dakwaan me­ngatakan Pas takut untuk menggunakan lambang sendiri tidak betul.

“Kalah atau menang Pas tetap teguh menggunakan logo parti ini. Sebaliknya UMNO tidak pernah berani menggunakan logo mereka,” kata Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar

Kelantan selepas Majlis Makan Malam Dialog Kemakmuran Ekonomi dan Pembangunan Negeri Ke­lantan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, di sini, semalam.

Beliau mengulas ke­nyataan Timbalan Pe­ngerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan Pas sedang mengalami krisis keyakinan diri dan tidak lagi yakin dengan kekuatan mereka apabila sentiasa menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam berpolitik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.