RAWATAN muka menggunakan Igloo snow ice ball atau bola ais adalah teknik paling mudah untuk mencantikkan kulit.
Kongsi Tenaga Pengajar dan Pengasas The Beauty Expert Academy, Mastura Idris, rawatan bola ais ini menggantikan ais batu yang boleh digunakan tanpa had.
“Paling mudah hanya lakukan pada waktu pagi dan malam untuk merawat wajah dan mendapatkan kulit yang licin dan bercahaya.
“Untuk lebih berkesan, dapatkan rawatan di pusat kecantikan dan klinik estetik berdaftar,” katanya kepada Seri.
MANFAAT RAWATAN
1. MENJADIKAN KULIT BERCAHAYA
Apabila menggunakan ice ball atas kulit wajah, peredaran darah lebih lancar dan kulit akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi.
2. MENGURANGKAN NODA
Noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat akan berkurang. Caranya, golekkan ice ball ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga rasa kebas. Boleh dilakukan pada setiap pagi dan malam.
3. HILANGKAN EYEBAG ATAU MATA PANDA
Gunakan ice ball sekitar mata seawal bangun tidur dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam.
4. KECILKAN PORI
Sebelum memakai alat solek, golekkan ice ball pada wajah supaya liang pori mengecil. Ini akan menjadikan bedak asas kelihatan sempurna dan matte.
5. PENGGANTI ALAT SOLEK
Sesuai digunakan untuk mereka yang tidak gemar bersolek. Bola ais menjadikan kulit wajah kelihatan berseri dan semula jadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.
6. HALANG KEDUTAN
Gunakan ice ball setiap hari (pagi dan malam) pada kulit muka dapat melambatkan kemunculan garis halus dan mengurangkan garis penuaan sedia ada.
Selain itu, Mastura berkata, rawatan bola ais ini juga mampu merawat dan melancarkan peredaran darah serta migrain.
KELEBIHAN RAWATAN:
* Mengurangkan bengkak pada muka serta-merta.
* Merangsang perairan darah pada sel muka.
* Mengurangkan kemerahan dan keradangan pada muka.
* Merangsang pengaliran sistem limfatik.
* Memberi oksigen pada kulit muka.
* Merangsang otot dan saraf muka.
* Meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin.
* Mengurangkan migrain dan sakit kepala.









