Keterujaan rakam bayi berkostum - Utusan Malaysia

Keterujaan rakam bayi berkostum

Mohammad Zainin Zamanhuri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Comel! Itulah perkataan pertama yang diucap apabila melihat fotografi bayi berbaju tradisional lelaki Melayu sambil memakai tanjak.

Merakam gambar bertema untuk bayi berusia antara tujuh hingga 30 hari ada seronok tapi ada cabarannya.

Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana berkata, fotografi bayi sudah lama ada tetapi masa dahulu, ia dilakukan pada usianya tiga hingga 12 bulan dan pergi ke kedai gambar sambil meniarap atau baring untuk buat kenangan semasa kecil.

“Sekarang fotografi bayi semakin canggih. Fotografi bayi baru lahir bermakna bergambar semasa umur bayi tujuh hingga 30 hari. Bermacam-macam stail mengikut trend semasa.

“Ada yang menjadi superhero, menjadi pendekar, menjadi rockstar, ustaz, ustazah, ada yang dihias bersama dengan bunga dan bermacam-macam lagi rekaan atau prop yang menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi mereka,” katanya kepada Seri.

Tambah Takara, bayi baru lahir sesuai dirakam gambar sebelum mereka berusia 30 hari dan sebaik-baiknya pada hari ketujuh hingga 14 hari. Ini kerana kerana bayi pada usia begini masanya lebih banyak tidur dan sangat mudah untuk di ambil gambar.

“Ototnya juga masih lembut senang untuk dibentuk. Begitupun bayi kena sihat dan sediakan susu dengan botol. Jika bayi kuning tidak mengapa kerana bayi yang kuning lebih banyak tidur,” ujarnya yang mula mengambil gambar bayi ini sejak 2014.

Takara mengakui mengambil gambar bayi baru lahir bayi memerlukan kesabaran tinggi lantaran mereka tidak boleh di arah dan mood berubah-rubah.

“Menangis itu biasa dalam erti kata lain kena ‘sidai’ tetapi saya akan memastikan bayi sihat sebelum fotografi bermula.

“Pelbagai prop dan baju saya sediakan yang boleh di pilih sendiri oleh ibu dan ayah. Jikalau ada idea atau ada prop sendiri boleh di cuba. Pakaian bayi ini agak istimewa kerana saiz kecil. Jadi terpaksalah ditempah.

“Prop studio ada yang di beli dalam negara dan ada juga ditempah dari luar negara. Malah ada yang dijahit khas seperti busana pahlawan Melayu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN