KUALA LUMPUR: Bercerai sejak empat tahun lalu, penyanyi dan komposer, Reshmonu, 46, mengakui masih berkawan baik dengan bekas isteri, Kavita Rajoo. Penyanyi lagu Hey Waley ini memberitahu, dia dan Kavita yang juga merupakan rakan perniagaannya komited dalam membesar tiga anak mereka. “Kami masih bersahabat baik. Tiada sebarang masalah dalam membesar anak-anak kami. “Tumpuan adalah untuk membahagiakan anak-anak, pastikan mereka gembira sama ada ketika bersama saya mahupun dia,” katanya. Reshmonu berkata…