Ayam tumis bawang penuh aroma - Utusan Malaysia

Ayam tumis bawang penuh aroma

Ayam tumis bawang penuh aroma.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nampak seperti sup ayam, namun rasa ayam tumis bawang ini jauh berbeza dan lebih beraroma. Pemilik resipi, Siti Hasmah Abu Hasan berkata, juadah itu terhasil secara tidak sengaja apabila dia bereksperimen dengan bahan-bahan masakan di dapur.

Katanya, rasa ayam tumis bawang itu lebih kuat disebabkan kaedah memasak yang digunakan.

Selain itu, ia juga mewah dengan rasa bawang, serai dan halia yang sudah tentu bakal membangkitkan selera.

Bahan-bahan
* 5 biji bawang merah dimayam

* 1 batang serai diketuk

* 2 ulas bawang putih diketuk

* 5 hiris halia

* Cili padi belah dua (ikut tahap kepedasan diingini)

* 1 biji tomato (dipotong)

* Ayam

* Bunga kantan

Bahan sayur
* Saderi

* Tomato

* Cili padi

* Daun sup (hiasan)

* 1 biji air perahan limau nipis

Cara-cara
* Panaskan sedikit minyak.

* Tumis bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili padi dan sehiris tomato.

* Tumis bukan sekadar layu, tapi sampai bawang tu hampir garing.

* Masukkan ayam dan tumis lagi sehingga permukaan kulit ayam tu kekuningan untuk lock jus ayam di dalam isi.

* Kemudian masukkan 2 cawan air panas dan masukkan semua jenis sayur dan bunga kantan.

* Perasakan secukupnya.

* Akhir sekali, erahkan limau nipis.

* Siap untuk dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN