DARI saat Singapura mencapai kemerdekaan pada 9 Ogos 1965, kedudukan bahasa Melayu telah terjamin dengan pengiktirafannya sebagai bahasa kebangsaan bagi negara sekular, yang berbilang bangsa ini. Ia termaktub dalam Perlembagaan negara republik Singapura, bukan tercatat di bawah undang-undang biasa. Selain dari itu, lagu kebangsaan negara Singapura juga dalam bahasa Melayu. Arahan-arahan dalam kumpulan seragam seperti polis dan tentera dilaungkan dalam bahasa Melayu. Ketiga-tiga Perdana Menteri Singapura fasih dalam bahasa Melayu,…