PETALING JAYA: Sebuah sindiket penipuan dalam talian dianggotai rakyat tempatan dikesan menjadikan kawasan sekitar Mount Austin di Johor Bahru sebagai `rumah perlindungan’ atau safe house untuk mereka mencari mangsa-mangsa untuk ditipu. Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, pengintipan dan risikan pasukan keselamatan mendapati sindiket tersebut sudah aktif lima tahun lalu dan dalam tempoh itu dipercayai sudah mengaut keuntungan hasil penipuan lebih RM4 bilion. Anggota sindiket ini didapati merekrut dalam kalangan anak…