fbpx

Resipi lempeng pisang mini comel

Lempeng pisang
Lempeng pisang kari ikan.

Minggu ini, Seri bawakan resipi lempeng pisang citarasa Terengganu yang disajikan bersama kari ikan. Bagi menambah selera, padankan hidangan itu dengan jus buah naga. Selamat mencuba.

Bahan untuk lempeng pisang:
350 gram tepung gandum
1 sudu teh minyak sapi
1 sudu makan mentega
2 biji pisang jelai berangan
Sedikit garam
Air untuk membancuh

Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas kemudian adunkan.
Panaskan kuali dengan api sederhana besar, sapukan sedikit marjerin dan tuangkan adunan lempeng. Jangan terlalu tebal kerana akan menyukarkan proses memasak.
Apabila hampir masak letak hirisan pisang di atas lempeng
Hidangkan dengan kari ikan

Bahan untuk kari ikan:
1 ekor ikan kembung

½ biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 sentimeter halia

½ sudu teh halba campur

2 sudu makan cili boh

180 gram rempah kari ikan

6 helai daun kari

2 sudu yogurt tanpa perisa

2 sudu makan jintan putih serbuk

1 sudu makan jintan manis serbuk

1 sudu ketumbar serbuk

air asam jawa

garam secukup rasa

gula

Bahan untuk jus buah naga dengan lemon:
1 cawan buah naga dibekukan
1 cawan ais soda
Jus lemon
Ais

Cara penyediaan:
Kisar kesemua bahan di atas dan hias mengikut kreativiti masing-masing.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!