Teknologi tingkat kebersihan makanan - Utusan Malaysia

Teknologi tingkat kebersihan makanan

Cef Zam menjelaskan produk berteknologi tinggi menjimatkan masa, malah memberikan lebih kebersihan kepada makanan disediakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Teknologi membantu meningkatkan kebersihan sesuatu makanan.

Walaupun ia menggantikan kaedah penyediaan makanan secara tradisional, tetapi dengan gaya hidup semasa yang sering mengejar masa, ia mungkin sukar dipraktikkan.

Ini diakui Prof. Datuk Cef Zamzani Abdul Wahab atau Cef Zam. Sebagai contoh katanya, kalau ingin menyediakan sambal, adalah lebih praktikal mengunakan pengisar, berbanding menumbuknya menggunakan lesung batu atau batu penggiling.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun lesung batu kita kelihatan bersih, tetapi kita tidak tahu secara jelas sama ada ia bersih atau tidak. Lebih-lebih lagi kalau kita mahu menyediakan dalam kuantiti yang besar.

Penggunaan pengisar jauh lebih mudah dan menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada pelancaran rangkaian Peralatan Penyediaan Makanan Bosch baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Sdn Bhd., Gary Te.

Mengakui selesa menggunakan peralatan moden, namun baginya memiliki produk pintar yang mampu membantu kerja-kerja di dapur adalah suatu pilihan buat individu, bukannya suatu kemestian.

“Kalau ada masa dan sanggup memasak secara tradisional, boleh sahaja. Tetapi kalau kesuntukan masa, lebih baik gunakan peralatan moden yang canggih,” katanya.

Mengulas mengenai aspek keaslian sajian sekiranya menggunakan peralatan pintar, katanya teknologi tidak begitu mempengaruhi rasa. Sebaliknya kadangkala produk pintar pun mampu memberikan hasil terbaik kerana kesedapan menu banyak bergantung kepada kemahiran individu.

Sementara itu kata Te, Bosch membangunkan peralatan dapur dengan ciri reka bentuk cemerlang menggunakan teknologi inovatif yang menjadikan memasak, membakar dan bereksperimen di dapur menyeronokkan dan pada masa sama memberikan hasil sempurna.

“Kami mencipta teknologi yang ‘Dicipta untuk seumur hidup’ dengan memastikan produk, perkhidmatan dan pengeluaran kami menyumbang kepada pembangunan mampan. Menariknya, kami sentiasa mencari peluang menambah baik produk dan mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini