PERKATAAN yatim yang banyak tersurat dalam 12 surah al-Quran menzahirkan secara terang kepada umat Islam supaya memberikan perhatian dan pembelaan kepada insan seperti anak yatim supaya kebajikan mereka diberi keutamaan bagi keselesaan hidup seperti insan yang masih mempunyai ayah dan ibu. Daripada Abu Ummah yang diriwayatkan oleh Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut…










