Khitan hanya sesuai bawah usia enam bulan? - Utusan Malaysia

Khitan hanya sesuai bawah usia enam bulan?

Dr. Noor Fidak Samsudin menjelaskan prosedur berkhitan selamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Adat bersunat atau berkhitan bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.

Prosedur ini akan dijalankan oleh bidan dan kini hospital dan klinik perbidanan turut menyediakan khidmat khatan untuk bayi atau kanak-kanak perempuan.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Rawang, Dr. Noor Fidak Samsudin, prosedur berkhitan selamat dan hanya melukakan sedikit pada bahagian kulit hujung klitoris.

“Supaya ada sedikit berdarah, ia boleh dilakukan dengan menggunakan gunting, jarum, atau pisau.

“Saya selesa menggunakan gunting melekung hujungnya. Usia yang sesuai ialah dalam dua hingga enam bulan sebab hujung klitoris agak muncung.

Senang melakukan prosedur ini sebab bayi itu belum mengenal prosedur atau rasa sakit,” katanya kepada Seri.

BUKAN FGM
Sebahagian pandangan antagonis menentag isu khitan dalam kalangan kanak-kanak perempuan.

Mereka menyatakan bahawa khitan kanak-kanak perempuan, tidak perlu dilakukan kerana boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kanak-kanak terbabit.

Malah mereka turut mengaitkan amalan khitan kanak-kanak perempuan dengan amalan dinamakan sebagai Female Genital Mutilation atau ringkasnya FGM. Sedangkan FGM ini merupakan amalan yang telah diharamkan beberapa pihak antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan dunia (WHO) dan United Nation (UN).

Prosedur berkhitan mengambil masa sangat singkat dan mudah jika bayi tidak meronta. Jika bayi atau kanak-kanak sudah mengenal dan tak selasa dengan ‘orang luar atau asing’, ia akan ambil masa yang agak lama untuk menenangkannya dan adakala harus struggle dengan mereka.

“Sekiranya baru sekarang ibu bapa baru teringat untuk mengkhitan anak mereka iaitu pada usia lebih enam bulan, saya mencadangkan agar prosedur tersebut ditangguh hingga kanak-kanak itu benar-benar bersedia.

“Adakala saya harus ambil masa lebih setengah jam untuk memujuk kanak-kanak ini, sedangkan prosedur ini hanya mengambil masa yang sangat singkat.

“Ibu bapa juga perlu dapat gambaran tentang prosedur. Antaranya memastikan lampin bayi kering. Kalau sudah besar atau lebih enam bulan, kanak-kanak harus dinilai sama ada mereka sudah bersedia atau sebaliknya,” katanya.

Sejurus selepas prosedur, satu gumpalan kapas yang direndam sedikit dengan provident akan ditekupkan pada bahagian luka berkenaan.

Selepas dikhitan, bayi akan mengalami demam ringan, namun bergantung kepada bayi atau kanak-kanak tersebut.

“Secara umumnya, berkhitan memberi manfaat kepada individu kerana ia adalah amalan sunnah dan dituntut.

“Ia membawa kepada kesempurnaan agama, kerelaan dan mengawal syahwat.

“Khatan ialah sunnah pada lelaki dan kehormatan kepada wanita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN