Kaftan comel pilihan selesa balik kampung - Utusan Malaysia

Kaftan comel pilihan selesa balik kampung

Corak batik yang dilukis sangat comel dan moden, sesuai sangat dengan citarasa kanak-kanak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kaftan, pakaian labuh yang longgar sentiasa jadi pilihan mereka yang mementingkan keselesaan dalam berpakaian.

Rekaan kaftan agak simple namun corak yang dipersembahkan pada baju itu yang menentukan keunikannya.

Pada asalnya kaftan banyak digayakan wanita namun kebelakangan ini disediakan juga untuk kanak-kanak. Buat ibu yang mahu bergaya sedondon dengan anak-anak pasti kaftan sebegini boleh dijadikan sebagai pilihan.

Missy adalah jenama kaftan kanak-kanak yang diusahakan Nik Najmah Nik Abdul Aziz. Missy bermaksud nama untuk anak kecil dengan pakaian moden. Rekaan corak kaftan kain cotton ini 100 peratus adalah hasil lukisan batik tangan.

Corak batik dilukis itu sangat comel dan moden, sesuai sangat dengan citarasa kanak-kanak.

Pemilihan material daripada kain cotton ini sangat selesa digayakan. Malah turut sesuai buat kanak-kanak memakainya pada bila-bila masa termasuk balik kampung.

Nik Najmah berkata, keselesaan kanak-kanak adalah menjadi keutamaan produknya.

Sebab itulah material kapas yang lembut dan sejuk jadi keutamaan dalam menghasilkan kaftan ini.

“Setiap bulan kami akan menghasilkan dua rekaan berbeza.

“Pada musim perayaan terutama Aidilfitri ini, permintaannya melonjak kerana Missy mengeluarkan edisi khas raya dan puasa,” katanya.

Kaftan kanak-kanak ini turut menawarkan pilihan kepada wanita dewasa untuk keseronokan bergaya,” katanya.

Kaftan moden ini boleh dipakai pada bila-bila masa samada di rumah atau di luar kerana coraknya sangat menarik.

Perjalanan Missy bermula pada 2015 apabila Nik Najmah mempunyai anak kembar.

Perniagaannya semakin berkembang apabila rekaan batik kaftan lukisan tangan dari Kelantan itu mendapat sambutan dalam kalangan keluarga dan kenalan rapat.

“Saya berharap dapat membina jenama ini sebaris jenama ternama.

“Harapan saya kaftan ini dapat menjadi sebahagian daripada memori dan kenangan manis kanak-kanak,” katanya.

Missy tidak tertumpu kepada pelanggan Melayu sahaja. Pelanggannya terdiri daripada berbilang bangsa.

Kaftan Missy boleh dibeli atas talian di Instagram @missypatternmalaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN